Thursday 1 October 2015

KELAS KLIK DENGAN BIJAK CYBERSAFE DAN KUIZ



Pada 27 September 2015, Ahad. Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pasir Pandak telah mengadakan kelas cybersafe yang dihadiri oleh lapan orang pelajar menengah dan rendah. Para peserta telah ditunjukkan video tentang isu-isu berkaitan salah laku siber seperti Buli Siber, Hendap Siber, Kecurian Identiti, Penipuan Siber (Online Scam), serta Child Cyber Grooming sebagai tema kuiz yang akan diadakan selepas tayangan video itu. Ke semua peserta di arah untuk menjawab kuiz secara online. Kelas ini bertujuan untuk kesedaran terhadap globalisasi kea rah keselamatan untuk diri sendiri ketika berlaman sosial dan dimanapun jua. Kelas seperti ini boleh memberi tunjuk ajar terhadap diri seseorang tentang keselamatan.

Berikut adalah gambar yang diambil sepanjang aktiviti yang diadakan:












Thursday 3 September 2015

Hari Terbuka "Sambutan Ambang Kemerdekaan"


Pada 29 Ogos 2015, Sabtu. Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Pasir Pandak Telah mengadakan Hari Terbuka Sambutan Ambang Kemerdekaan #sehati sejiwa untuk Komuniti-komuniti daerah Kampung ini. Program ini telah dihadiri tetamu hormat Ketua Kampung Encik Mahdi Bin Haji Rusli, Pengerusi Kawasan Rukun Tetanga Puan Sherly Azlina, Pengerusi Daerah Perpaduan, Puan Rose Jonathan dan Puan Aishah Tambi Pengerusi Persatuan Wanita Kampung Pasir Pandak. Program ini juga turut dibantu oleh Hirman Kassim Penolong Pengurus Pi1M Kg Telaga Air dan Pengurus Pi1M Tebelu Norfaiezah Binti Sedi.
Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut iaitu Melukis terbuka untuk seluruh komuniti kawasa tersebut, mewarna terbuka untuk tadika Kampung Pasir Pandak dan Kampung Pasir Panjang, Berkaraoke, masakkan ibu, booth jualan yang disediakan untuk yang berminat berniaga dan macam-macam lagi. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi akan semangat cinta akan negara, semangat patriotrisme diri seseorang, merapatkan lagi silaturrahim diantara komuniti-komuniti setempat dan bermacam-macam lagi yang diperolehi dari program yang diadakan seperti ini.
Selain itu juga, program ini juga dihadiri oleh penduduk dikawasan lain iaitu penduduk Kota Samarahan, Kampung Matang, Buntal, Rampangi dan banyak tempat lagi yang telah memeriahkan lagi program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan: 






SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHEIKH HAJI ABDUL OTHMAN WAHAB, KUCHING


Pada 22 Ogos 2015 (Sabtu), telah berlangsungnya Program Klik Dengan Bijak anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kampung Telaga Air bersama Pusat Internet 1Malaysia Kampung Pandan, Kampung Sibuluh, Krokong, Kampung Pasir Pandak, Tebelu dan Kampung Bra'ang Bayur di SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHEIKH HAJI ABDUL OTHMAN WAHAB. Program ini mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan disertai oleh lebih kurang 314 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tigkatan 1, 2, 4 Dan pelajar tingkatan 6 bawah yang turut membantu dalam memastikan kelancaran program.
Selain itu program seperti ini boleh menyedarkan para peserta tentang langkah penggunaan internet dengan bijak dengan menerapkan topik-topik Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab semasa menggunakan internet. Program kali ini juga diselangi oleh beberapa aktiviti luar seperti, "Bomb Squad", "Kiri Duri Kanan Pun Duri", "Action Kamen dan Telefon Karat", di mana aktiviti-aktiviti ini disertai oleh para pelajar itu sendiri bagi memberikan peluang kepada mereka untuk membuat kesimpulan baik dan buruknya pengajaran daripada aktiviti tersebut. 
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :





Terima Kasih !

Sekolah Kebangsaan Telaga Air



Pada 5 Ogos 2015, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Telaga Air telah mengadakan program Klik Dengan Bijak dan disokong Pi1M Kg Pasir Pandak di Sekolah Kebangsaan Telaga Air. Program ini bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, serta menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Program ini telah disertai oleh 107 orang pelajar dan 6 orang guru dan staf sokongan. Selain ceramah, tayangan video dan aktiviti teka silang kata serta telefon karat juga telah diadakan bagi mengukuhkan pemahaman peserta tentang topik yang telah dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan:







Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang





Gerakan Kempen ‪#‎KDB‬ ‪#‎klikdenganbijak‬ berpusat di di SMK A Sheikh Haji Othman Abdul Wahab berlangsung pada
Tarikh: 22 Ogos 2015, Sabtu yg lalu.
Masa: 8:00pagi - 12:30 tengah hari.
Kempen ini di sambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar di sana, dimana ke semua pelajar ingin tahu & berkongsi maklumat selama 4 jam bersama kempen Klik Dengan Bijak










Saya menasihati adek-adek agar "KLIK DENGAN BIJAK"





Pengenalan Pi1M Kg Pasir Pandak & Kempen Keselamatan Internet #KDB



‪#‎klikdenganbijak‬ 
Berlangsung dengan meriahnya di Sekolah Kebangsaan Pasir Pandak. Ibu Bapa yang hadir yang memeriahkan lagi Kempen ini.
kerjasama dari Pihak sekolah yang amat kami hargai. Terima kasih kepada yang hadir.






Semoga kedatangan kami telahpun menambah ilmu pengetahuan untuk para pelajar, guru-guru, Ajk Kampung & Ibu bapa tentang Keselamatan internet ini.
Terima Kasih.



Game , Talk & Video





Setelah tayangan Video adek-adek menjawab soalan bagi Kuiz Klik Dengan Bijak.
Selamat Berjaya !





Dengan senyuman & keyakinan adek-adek telahpun menyiapkan Game tersebut.



Video Klik Dengan Bijak




Tayangan Video Klik Dengan Bijak sebelum memulakan aktiviti KDB
iaitu Word Search & Cross Word .


Adik-adik nampak bersungguh-sunguh semasa tayangan video.



Talk , Video & Game 



Agenda Mesyuarat






Agenda Minit Mesyuarat bersama PiBG, Persatuan2 KRT , AJK Masjid, Guru-Guru SK Pasir Pandak, Guru-Guru Tadika Pasir Panjang & Penduduk Kampung. Perbincangan Atur Acara Pengenalan Pi1M & Keselamatan Pengunaan Internet (KDB)

Kelas Ms Power Point











Kelas Microsoft Power Point yang bermula pada sebelah petang yang sangat memberangsangkan. Siap ambil gambar lagi budak kampung Pasir Pandak dengan Presentation budak Kampung Buntal yang sudi mengikuti & belajar di Pi1M Kg Pasir Pandak. like emoticon
Kelas ini yang bertujuan untuk peserta menambah ilmu pengetahuan menggunakan aplikasi di sesebuah komputer.








Saturday 25 April 2015

Kelas ICT Di Pi1M Pasir Pandak




Kelas ict yang berjalan dengan lancar dimana pelajar yang mengikuti kelas ini sangat tekun & bersungguh untuk membuat blog & gmail. Perbincangan, di akhiri dengan perbentangan & rasa minat yang mendalam untuk mempelajari kelas ict ini. Jom ikut kelas ICT ..





Thursday 12 March 2015

Logo Pi1m Pasir Pandak

 
Logo Pusat Internet 1 Malaysia Pasir Pandak
 
 
 
Bulan Sabit yang menjadi payung di sebuah Kampung Pasir Pandak itu bermaksud semua yang duduk di kampung tersebut ialah 100% beragama Islam.
 
Pokok Kelapa itu pula membawa maksud perkampungan ini yang memiliki pokok kelapa dan pantai yang indah.
 
Perkampungan ini sesuai untuk keluarga , sahabat dan kawan-kawan untuk mengambil gambar , singgah di "Homestay" dan berkelah .
Kampung ini juga mempunyai penduduk yang masih lagi yang tinggal dan berkerja sebagai nelayan sebanyak 70% dan selebihnya generasi baru yang belajar dan berkerja di Bandar.


Tuesday 3 March 2015

Selamat Datang


 

Kepada penduduk Pasir Pandak , Pusat Internet 1 Malaysia yang berada di Kampung Pasir Pandak akan dibuka tidak lama lagi. Jangan lupa singgah untuk mendaftar sebagai ahli & menggunakan internet secara percuma & yang paling penting jangan lupa setai program-program yang akan datang...Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan yang berkaitan..terima kasih.