Thursday 3 September 2015

Hari Terbuka "Sambutan Ambang Kemerdekaan"


Pada 29 Ogos 2015, Sabtu. Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Pasir Pandak Telah mengadakan Hari Terbuka Sambutan Ambang Kemerdekaan #sehati sejiwa untuk Komuniti-komuniti daerah Kampung ini. Program ini telah dihadiri tetamu hormat Ketua Kampung Encik Mahdi Bin Haji Rusli, Pengerusi Kawasan Rukun Tetanga Puan Sherly Azlina, Pengerusi Daerah Perpaduan, Puan Rose Jonathan dan Puan Aishah Tambi Pengerusi Persatuan Wanita Kampung Pasir Pandak. Program ini juga turut dibantu oleh Hirman Kassim Penolong Pengurus Pi1M Kg Telaga Air dan Pengurus Pi1M Tebelu Norfaiezah Binti Sedi.
Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut iaitu Melukis terbuka untuk seluruh komuniti kawasa tersebut, mewarna terbuka untuk tadika Kampung Pasir Pandak dan Kampung Pasir Panjang, Berkaraoke, masakkan ibu, booth jualan yang disediakan untuk yang berminat berniaga dan macam-macam lagi. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi akan semangat cinta akan negara, semangat patriotrisme diri seseorang, merapatkan lagi silaturrahim diantara komuniti-komuniti setempat dan bermacam-macam lagi yang diperolehi dari program yang diadakan seperti ini.
Selain itu juga, program ini juga dihadiri oleh penduduk dikawasan lain iaitu penduduk Kota Samarahan, Kampung Matang, Buntal, Rampangi dan banyak tempat lagi yang telah memeriahkan lagi program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan: 






No comments:

Post a Comment