Thursday 3 September 2015

Sekolah Kebangsaan Telaga Air



Pada 5 Ogos 2015, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Telaga Air telah mengadakan program Klik Dengan Bijak dan disokong Pi1M Kg Pasir Pandak di Sekolah Kebangsaan Telaga Air. Program ini bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, serta menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Program ini telah disertai oleh 107 orang pelajar dan 6 orang guru dan staf sokongan. Selain ceramah, tayangan video dan aktiviti teka silang kata serta telefon karat juga telah diadakan bagi mengukuhkan pemahaman peserta tentang topik yang telah dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan:







No comments:

Post a Comment