Pada 29 Ogos 2015, Sabtu. Pusat Internet 1 Malaysia Kampung
Pasir Pandak Telah mengadakan Hari Terbuka Sambutan Ambang Kemerdekaan #sehati
sejiwa untuk Komuniti-komuniti daerah Kampung ini. Program ini telah dihadiri
tetamu hormat Ketua Kampung Encik Mahdi Bin Haji Rusli, Pengerusi Kawasan Rukun
Tetanga Puan Sherly Azlina, Pengerusi Daerah Perpaduan, Puan Rose Jonathan dan
Puan Aishah Tambi Pengerusi Persatuan Wanita Kampung Pasir Pandak. Program ini
juga turut dibantu oleh Hirman Kassim Penolong Pengurus Pi1M Kg Telaga Air dan
Pengurus Pi1M Tebelu Norfaiezah Binti Sedi.
Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai
aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut iaitu Melukis terbuka untuk seluruh
komuniti kawasa tersebut, mewarna terbuka untuk tadika Kampung Pasir Pandak dan
Kampung Pasir Panjang, Berkaraoke, masakkan ibu, booth jualan yang disediakan
untuk yang berminat berniaga dan macam-macam lagi. Program ini diadakan bertujuan
untuk meningkatkan lagi akan semangat cinta akan negara, semangat patriotrisme
diri seseorang, merapatkan lagi silaturrahim diantara komuniti-komuniti
setempat dan bermacam-macam lagi yang diperolehi dari program yang diadakan
seperti ini.
Selain itu juga, program ini juga dihadiri oleh penduduk
dikawasan lain iaitu penduduk Kota Samarahan, Kampung Matang, Buntal, Rampangi
dan banyak tempat lagi yang telah memeriahkan lagi program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan: