Thursday 3 September 2015

SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHEIKH HAJI ABDUL OTHMAN WAHAB, KUCHING


Pada 22 Ogos 2015 (Sabtu), telah berlangsungnya Program Klik Dengan Bijak anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kampung Telaga Air bersama Pusat Internet 1Malaysia Kampung Pandan, Kampung Sibuluh, Krokong, Kampung Pasir Pandak, Tebelu dan Kampung Bra'ang Bayur di SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHEIKH HAJI ABDUL OTHMAN WAHAB. Program ini mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan disertai oleh lebih kurang 314 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tigkatan 1, 2, 4 Dan pelajar tingkatan 6 bawah yang turut membantu dalam memastikan kelancaran program.
Selain itu program seperti ini boleh menyedarkan para peserta tentang langkah penggunaan internet dengan bijak dengan menerapkan topik-topik Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab semasa menggunakan internet. Program kali ini juga diselangi oleh beberapa aktiviti luar seperti, "Bomb Squad", "Kiri Duri Kanan Pun Duri", "Action Kamen dan Telefon Karat", di mana aktiviti-aktiviti ini disertai oleh para pelajar itu sendiri bagi memberikan peluang kepada mereka untuk membuat kesimpulan baik dan buruknya pengajaran daripada aktiviti tersebut. 
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :





Terima Kasih !

No comments:

Post a Comment